Welcome all!

I'm your Shaklee dealer on the block and blog :)

There is always something here for everyone of you. I'll try my best to meet your specific health need. Feel free to browse through our products and kindly refer to our purchasing method and T&C to purchase.

Enjoy 'Shakleeing' peeps! You are one step to a healthier life :)



Thursday, 29 December 2011

Lagi testimonial ;)

Salam semua. Dah lama betul saya tak letak apa2 entry dalam ni. Memang bersawang blog ni. Sebenarnya personal blog saya pun sama penuh dengan sawang dan debu berterbangan...hehehe ;p

Ok la tanpa membuang masa sebenarnya byk saya nak kongsi ni. Kebanyakannya memang pasal produk Shaklee la kan. Tergerak hari ni nak menulis sebab pagi tadi lepas mandi bersin berkali2. Dah lama tak bersin pagi2 camtu. Jadi rasa macam diri telah membuktikan sesuatu dan harus berkongsi pengalaman ni dgn semua.

Ceritanya begini...jeng..jeng..jeng...hehehe tak suspen pun cerita ;p Saya ni memang jenis bersin pagi2 lepas mandi. Tak tau kenapa. Resdung ke, alergik ke, sinus ke, flu ke tak tau. Memang dah lama keadaan itu berlanjutan dari dulu lagi. Lama2 agak tension jugak sebab penat jugak bersin byk2 di pagi hari...hehe jadi saya telah mengambil inisiatif mengambil sebiji Shaklee Vita-C setiap malam sebelum tidur. Kesannya memang immediate. Esoknye terus berkurangan bersin dgn mendadak tetapi masih bersin sebab mungkin baru makan vitamin tu. Masa tu mmg seronok sangattt...so since then tak pernah tinggal Vita-C sebelum tidur. Tapi ada jugak la insiden2 dah tertidur dulu sebelum makan Vita-C ni...huhu

Kemudian mak mertua saya yang ada sinus share yg dia mengamalkan mkn kapsul minyak ikan setiap hari utk mencegah bersin pagi2 tapi tak sure dia mkn minyak ikan brand apa. Kebetulan Shaklee ada juga produk minyak ikan iaitu Shaklee OmegaGuard. Saya pun terus mencuba produk ini. Setiap mlm mkn sebiji Vita-C dan sebiji OmegaGuard (bersama OsteMatrix jugak). Selepas lebih kurang seminggu amalkan mcm ni terus dah tak bersin pagi2. Syoknyerrrrr tak terkata. Rasa ringan je pagi2 nak buat kerja (pagi2 baru nak gosok baju, basuh botol anak, masak air...hehehe) dan memang best.




Informasi lain tentang OmegaGuard yg best:
  • Membekalkan asid lemak omega-3 yang tinggi kualiti: Kajian menunjukkan kandungan asid lemak omega-3 yg tinggi dapat menigkatkan kesihatan kardiovaskular and mengekalkan tekanan darah dan kandungan kolestrol yg normal
  • Diperbuat daripada minyak ikan yg berkualiti di mana kandungan merkuri dan plumbum yg terdapat di dalam ikan tersebut telah dikeluarkan sepenuhnya
  • Mengandungi kesemua 7 spektrum asid lemak omega-3: EPA, DHA, ALA, dan lain2. EPA amat bagus utk hati dan sendi manakala DHA penting utk tumbesaran otak dan fungsi badan.
Memang penyelamat bumi dan terbaikkk!!! (anak saya tgh kemaruk boboiboy ;p)

Eh patut nak cerita pasal bersin2 pagi tadi. Haaa sebabnya malam semlm pergi PCMC bawa anak jumpa doktor. Kemudian balik dah agak lewat malam jadi balik2 konon2 nak tidurkan anak je sekali dgn mamanye pun tertidur sekali ;p dan terlupa nak mkn Vita-C dan OmegaGuard. Jadi pagi tadi bangun lepas mandi dtg semula penyakit bersin pagi saya setelah lama tak jumpa...hihihi insaf2...lepas ni walaupun dah lewat sgt atau mengantuk sgt kena jugak tabahkan diri menelan benda2 berfaedah itu. Dan saya nak terus berkongsi kebaikan2 produk Shaklee dgn semua berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Leader kami selalu ingatkan kalau boleh elakkan dari mempromosikan produk2 yg kita sendiri tak pernah mkn. Jadi ini mmg saya ingat. Di sini selagi boleh saya nak kongsi pengalaman saya tentang produk2 yg mmg saya mkn sahaja. Testimonial sendiri pun byk lagi nak update, memang tak sempat la kalau saya sibuk nak promosikan produk lain yg saya tak ambil.

InsyaAllah lepas ni nak kongsi lagi pengalaman tentang produk lain pulak iaitu OsteMatrix yg memang super besttttt :)

Utk order dan pertanyaan lanjut sila email saya di emyshoppe@gmail.com :)

Monday, 3 October 2011

Vita-C

Hi all! Trust you are in good health J

With the current weather plus the haze it’s easy to catch flu, cough or even fever. My 2-year old daughter is currently recovering from all those 3 and already passed the virus to my hubby as well. Alhamdulillah so far I’m ok, and maybe this is due to my regular consumption of Shaklee Vita-C (Vitamin C) everyday without fail. Some info on this Vita-C:

Sustained Release Vita-CTM 500 mg

All-Natural Vitamin C Delivered Hour After Hour
Your body is capable of many things, but it can’t make or store vitamin C. Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500 mg offers sustained-release protection hour after hour, using a proprietary sustained-release system. The “do-everything” nutrient, vitamin C is a powerful antioxidant. Sustained Release Vita-C provides:
  • High potency vitamin C.
  • A proprietary sustained-release system that delivers the vitamin C equivalent of one-and-a-half oranges every hour for five hours.
  • A formula that helps maintain natural antioxidant defenses, cell integrity, and the health of eyes, teeth, gums, bones, muscles and blood vessels. *
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


 

For those breastfeeding mommies whose babies are suffering from flu or cough or showing the symptoms to have flu/cough, you can consume this Vita-C tablet by breaking it into half for faster nutrient absorption. InsyaAllah the nutrients will be passed to your baby through your milk J

If you are interested, I’m selling this Vita-C at RM74 for 180 tablets (6 months consumption) or I also offer 1 month supply (30 tablets). Email me at emy-shoppe@gmail.com for details and also for free consultation J


Wednesday, 17 August 2011

Testimonial Performance Drink dan Set B (Breastfeeding set)

Alhamdulillah, akhirnya ada jugak testimonial dari customer2 saya sendiri. Kebanyakan testimonial2 ini datang dari customer yang membeli Performance Drink sempena bulan puasa ini. Dan ada juga testimonial untuk Set B iaitu breastfeeding set (mengandungi multivitamin Vita-Lea, Vita-C, B-Complex dan alfalfa). Berikut adalah sebahagian daripada testimonial yang dikongsi oleh pelanggan2 saya (semua bukan nama sebenar ye..hehe):

"First day ok..arini pon ok…I dan hubby minum performance drink tu during sahur..resultnya tak rase haus..tp.perut keroncong ..maybe perut ni da bese dgn mknn..hehe..
Susu bdn jd makin pekat. And quantity still sama lagi…yg bagusnyer..ptg smlm susu xdrop ..hihi..syukur…" - Pn Y, mengambil PD dan set B


"1st ramadhan okey, Alhamdulillah…pengeluaran susu maintain mcm biasa, tak rasa dahagapun...Cuma pening seolah2 tak cukup air dlm badan...
Husband pun minum jugak…dia pun rasa pening…mgkin kami tak cukup minum air time bersahur…" - Pn NJ, mengambil PD

"Alhamdulillah everything was okay yesterday…Performance drink tu I bagi my hubby minum sekali semalam since dia demam…looks good la for 1st day…hehehe…rasanye kene beli lagi la kan sbb both of us ambil 1 gelas sahur 1 gelas buka…so sure2 kejap je habis la tu…hehe" - Pn NS, mengambil PD


"I dah try both product, my feedback is:
-performance drink tu, mmg bagus, tak rasa dahaga pun after pumping.
-alfalfa, I tak pasti.. I tak rasa mcm yg you describe tu, walaupun I took 2 pils. And my milk supply is normal je. I was hoping to see an increase sikit, and I’ve been pumping every 3hrs, tak skip, tapi tak feel any different." - Pn H, mengambil PD dan alfalfa

Komen2 di atas adalah original komen dari customer2 saya. Tak diedit langsung kecuali sedikit2 ejaan tu ada la. Kalau tgk testimonial di atas bukan semuanya positif, ada jugak komen yang sedikit negatif. Namun harus diingatkan bahawa sebahagian besar komen di atas dibuat pada hari kedua berpuasa. Jadi rasa agak letih memang biasa bagi hari pertama berpuasa kan. Badan masih menyesuaikan diri dengan kandungan gula dalam darah kita yang kurang secara mendadak pada hari pertama berpuasa. Mungkin itu yang menyebabkan pening kepala sedikit. Saya dan suami juga mengalami pening kepala pada 2-3 hari pertama berpuasa. Tetapi selepas itu badan dah menyesuaikan diri dan tiada lagi pening kepala. Apa yang wajib untuk kami setiap hari waktu bersahur mesti minum PD :)

Bagi Pn H yang mengambil alfalfa untuk menambah susu badannya, dia mungkin belum dpt melihat peningkatan lagi kerana baru mengambil alfalfa tersebut untuk beberapa hari. Dan juga mungkin faktor berpuasa jadi dia cuma dapat mengekalkan kuantiti susu kerana pengambilan kalori yang berkurang. Apa yang penting walaupun puasa kita mesti cuba untuk mengambil makanan yang cukup dan berkhasiat bagi mengelakkan penghasilan susu terjejas. Pengambilan air juga mesti cukup sekurang2nya 3 liter sehari. Jika tidak dpt memenuhi keperluan vitamin daripada makanan, kita digalakkan untuk mengambil supplement yang sepatutnya agar sistem dlm badan tidak terjejas dan penghasilan susu yang berkualiti untuk si comel dapat berjalan seperti biasa walaupun ibu berpuasa.

Untuk maklumat selanjutnya tentang supplement yg boleh diambil, sila emel saya di emyshoppe@gmail.com.

'No-no' amalan untuk penyusuan yang berjaya

Saya ingin berkongsi satu lagi artikel yang ditulis oleh Kak N (credit) tentang amalan2 yang perlu dielakkan bagi memastikan penyusuan yang berjaya. Saya rasa ramai ibu2 yang ingin mengetahui tentang amalan2 ini termasuk saya sendiri. Ini boleh dijadikan panduan untuk kita semua.

1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.
Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.
Ramai ibu2 yang baru dalam penyusuan susuibu masih kurang faham bagaimana susuibu dihasilkan. Rata2 yang menjawab mengapa tidak mencuba beri susu badan...alasannya susu tiada. Susuibu akan terhasil bila ada signal melalui hisapan terus (direct feeding) atau perahan (mengepam) yang berterusan. Breast tidak bengkak adalah kerana pemakanan si ibu yang tidak seimbang. Pemakanan yang tinggi kandungan protein membantu susu cepat terhasil dan breast akan cepat bengkak. Ini kerana kandungan utama dalam susuibu adalah protein. Protien sangat perlu untuk pertumbuhan dan pembesaran anak. Jika tak percaya cuba makan telur dengan banyak atau menu yang tinggi protien seperti ayam dan daging. Namun kelemahan yang bakal kita tanggung ialah lemak dari sumber makanan itu boleh menyumbangkan kepada masalah kegemukkan dan kolestrol apabila diambil dalam jumlah yang banyak. Sebab kekangan inilah ibu memilih mengambil supplement seperti ESP dan alfalfa as a booster.


2. Pengambilan minuman bergas dan berais.
Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.
Semua kita sedia maklum bahawa minuman berkabornat mengandungi gula yang tinggi, maka kalori dari itu juga tinggi. Untuk seketika ianya mungkin bagus untuk membuatkan si ibu rasa banyak susu yang terhasil namun minuman berkabornat tidak bagus diambil untuk jangka panjang. Ini kerana kandungan gas itu boleh mengganggu sistem penghadaman dan usus kita. Bila si ibu sakit maka pastinya penghasilan susuibu itu sendiri akan terganggu.
Bagaimana pula dengan pengambilan ais? Bagaimana ia dikaitkan dengan penyusuan? Orite, part ini ibu belajar dengan bidan. So ibu terima dengan lojik akal. Masa dalam pantang lagi, bidan pesan jangan minum ais tau, nanti susu susah nak keluar. Kena agaknya? Sebab urat akan mengecut maka pengaliran susu akan terganggu. Tidak kurang juga  ramai ibu2 yang selalu mengadu sengal kaki atau sakit2 badan.
Sebab tu kita disarankan minum air suam atau air panas, urat akan mengembang secara langsung pengaliran darah akan lebih lancar.
Air berais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan melambatkan proses pencernaan kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat berbagai penyakit.
3. Pengambilan minuman berkafien.
Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.
Tiada kopi tanpa kafein samalah keadaannya dengan tiada susu tanpa lemak. Sebab itu statement yang biasa kita jumpa ialah kopi rendah kafien atau susu rendah lemak.
Tahukah kalian kafien boleh memusnahkan vitamin B dan C yang sedia ada dalam badan kita? Sebab itu ibu2 yang suka minum kopi tak kiralah kononnya rendah kafien tetapi inilah puncanya ibu itu cepat letih dan senang sakit. Sebab vitamin B dan C yang sedia ada termusnah akibat kafien tadi. Memang banyak faktor lain yang memusnahkan vitamin B dan C sebagai contoh bila kita terlalu terdedah dengan matahari, namun ianya boleh dikurangkan dengan pengambilan payung atau pemakaian topi. Tetapi kemusnahan vitamin ini melalui kafien dapat dikurangkan dengan pengambilan minuman kopi itu sendiri.
Ada pihak yang claim kopi sangat bagus untuk tenaga, ya tapi untuk jangkamasa sekejap sahaja dan ianya adalah silent killer untuk jangka panjang. Lagi banyak kopi yang kita minum maka lagi tinggi risiko untuk sakit sendi , urat , cepat letih dan boleh menggangu emosi apabila badan kita terlalu kurang vitamin B.
Bagi ibu yang menyusu Vitamin B sangat membantu agar lebih bertenaga dan mempunyai mood yang baik , hati yang tenang dan gembira.


4. Pengambilan supplement khas untuk diet.
Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang. Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan  harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susuibu cair berbanding dengan mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka yang mendapat hasil susuibu sangat pekat dan lebih enak, pastinya!
Selain itu, dikhuatiri kandungan dalam pemakanan diet itu boleh mengganggu sistem usus anak. Sebab apa yang ibu makan akan disalurkan kepada anak melalui susuibu.

6. Merungut setiap masa
Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.
Allah sentiasa menyayangi ibu2 yang menyusukan anaknya kerana dah itu yang disarankan...maka sesiapa yang beramal baik pasti mendapat perhatian Allah. Susu berkurang adalah salah satu tanda si ibu kurang berdamping denganNya. Lumrah manusia akan mencari Tuhan apabila dalam kesusahan. Jika susu selalu banyak , manusia mudah alpa dan lama kelamaan akan lahir sifat riak. Ibu sendiri pernah melalui kemerunduman susu tapi sebab bila selalu muhasabah diri maka kita akan pulang ke pangkal jalan. Namun ibu percaya, ibu2 yang sentiasa beramal soleh, mengaji dan mempunyai ruang waktu untukNya, maka nikmat itu sentiasa berkekalan. Zaman sekarang dah terbalik...si ibu punya banyak masa ber FB tetapi tiada masa untuk duduk mengaji. Kita mengadu dengan manusia melalui FB susu merundum walhal mengadu dengan Allah adalah tenpat terbaik kerana dengan izinNya susu itu mengalir, maka dengan izinNya jua susu akan banyak.

Thursday, 11 August 2011

Energizing Soy Protein

Hari tu saya ada cakap nak kongsi testimonial diri sendiri untuk Energizing Soy Protein atau nama glamornya ESP :) Selepas 10 hari berpuasa baru saya rasa kesannya. Tapi bukan selepas 10 hari minum baru rasa kesannya ye. Saya mula mengambil ESP pada hari kedua puasa. Saya bancuh satu sudu besar penuh ESP dan 2 sudu besar Performance Drink dengan segelas air. Memang pekat dan bau ESP pun kuat. Saya memang jenis tak boleh minum susu putih sejak dari dulu lagi (sebab tu terpaksa bergantung kepada Ostematrix untuk bekalan kalsium ;p). Jadi bila tengok bancuhan tu pekat dan bau macam susu kuat terus tak lalu minum. Minum seteguk je dan lebih tu semua buang (pembaziran!). Bancuh Performance Drink baru dan minum ni je.

Selepas tu memang tak sentuh terus ESP tu. Tapi time sahur hari ke-10 saja bukak tin ESP tu dan bau. Sedap pulak bau benda ni bau vanilla :) Try la letak sikit kut2 boleh telan. Saya pun bancuh setgh sudu besar ESP dan 3 sudu besar PD (byk letak ni supaya dpt cover rasa ESP ;p) dgn segelas air. Kemudian minum laju2 supaya tak rasa sgt..haha seksa jugak nak minum. Tapi sebenarnya rasa bancuhan tu sgt ok. Tak rasa susu pun. Rasa mcm air yogurt oren. Sedapppp :)

Jadi hari ke-10 puasa seperti biasa. Tapi bila balik kerja ptg tu rasa masih bertenaga. Selalu saya sampai rumah dlm pukul 5 mmg terus rasa dah lembik sgt2. Nak solat asar pun slow je. Nak mandikan anak pun tak larat. Cakap kat dia, lepas buka la nanti kita mandi ye, mama tak larat sgt. Tapi hari ke-10 tu rasa masih ok ptg tu dan pukul 6 larat mandikan si kecik tu. Mula2 tak perasan apa sebab lain je extra energy ni. Ingatkan maybe sebab pregnancy symptoms saya dah berkurangan so buat tak tau je la. Semalam hari ke-11 sahur minum ESP campur PD lagi. Dan petang semlm mmg rasa energetic. Boleh mandikan anak sebelum buka. Jadi malam tadi saya terfikir2 apa yg lain saya buat yg membuatkan saya bertenaga berbanding masa awal2 puasa. Fikir punya fikir baru teringat saya minum ESP time sahur. Itu je yg beza sbb buat kerja hari2 sama je. Terus rasa wowww magiknya! hehe :)

Pagi tadi masa sahur saja la belek2 tin ESP tu. Mmg la dia tulis kat situ 'An energy boost that lasts for hours'..hehe baru perasan. Jadi mmg saya rasa la energy boost tu sampai ptg walaupun minum sikit je. Kalau minum lebih sikit mesti lebih bertenaga kan. Ok2 nanti try tambah sukatan sedikit demi sedikit :)



Selain dari meningkatkan tenaga, kebaikan2 ESP adalah seperti berikut:
  • Diperbuat daripada sumber protein lengkap yg berkauliti tinggi (kacang soya semulajadi tanpa bahan kimia dan non-GMO (Genetically Modified Organism))
  • Sangat rendah lemak
  • Mengandungi 9 asid amino yg penting
  • Setiap serving membekalkan 14 gram protein soya
Saya akan meneruskan usaha untuk minum ESP! Lepas bulan puasa mmg nak letak satu tin di pejabat, pagi2 bancuh dgn milo. Mesti sedapppp :)

Anda nak cuba? Email saya di emyshoppe@gmail.com.

Wednesday, 27 July 2011

Penyusuan pada bulan Ramadhan

Terjumpa entri ni dari blog moyang (sukati je letak pangkat moyang..betul kut ni), Kak N:
Memang sesuai sempena menyambut Ramadhan lebih kurang 5 hari lagi :)
InsyaAllah saya nak ikut jadual ni jugak walaupun tak menyusu. Tapi tak boleh ambil alfalfa sbb masih di awal pregnancy. Jadi ambil Performance Drink, ESP dan vitamin2 lain sahaja :)
Selamat membaca!


Berpuasa sambil menjayakan penyusuan.

Pejam celik pejam celik , ramadhan makin hampir. Ramai ibu2 yang menghantar email dan mesej bertanya apakah supplement yang membantu penyusuan? Sebenarnya antara supplement yang banyak membantu sepanjang penyusuan ibu dulu ialah alfalfa dan performance. Oh ya, ada yang bertanya bagaimana dengan supplement lain seperti vitalea, b complex dan vitamin C? Ibu ringkaskan dalam jadual yang mudah buat rujukan ibu yang bakal berpuasa dan bakal menggantikan puasa...

 
Waktu sahur:
Selepas makan nasi atau apa jua juadah bersahur serta kurma , tambahkan minuman Performance dan ESP( Gabungan terbaik ) dan makan 3 biji Alfalfa .
Waktu Berbuka:
Berbukalah dengan juadah berbuka seperti biasa disertai kurma , tambahkanjuga  dalam menu minuman Performance dan ESP ( untuk dapatkan better result ) dan 2 biji alfalfa.
Sebelum tidur:
Amalkan minum segelas ESP  dan vitamin lain iaitu Vitalea@multivitamin, B complex dan Vitamin C.
Inilah jadual paling mudah untuk diamalkan. Hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance ke dalam 250 ml air. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa si ibu.


Vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan sepanjang berpuasa. Terdapat pendapat yang mencadangkan pengambilan 100plus sepanjang berbuka namun minuman ini berkabornat dan boleh menggangu sistem perut di mana boleh menyebabkan si ibu dan anak menyusu mengalami keragaman perut jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

Monday, 25 July 2011

Membina 'self testimonial'

Ish sudah lebih sebulan tak update blog. Sorry readers, saya mmg agak tidak konsisten dlm menulis entri blog ni. Sama je dgn my personal blog pun lama tak update. Sebenarnya idea untuk menulis mmg banyak tapi tangan ni kadang2 malas betul nak mengeluarkan idea2 tu terutamanya masa weekend. Banyak masa terluang tapi malas. Saya kena berubah! Sekali tinggal blog ni mmg akan terbiasa dan langsung terus tertinggal berkali2. Ok insyaAllah sekarang berazam utk menulis sekurang2nya 1 entri setiap minggu. Saya boleh! InsyaAllah...kalau tak tau apa nak tulis pun kena copy dari blog upline dan tempek di sini. Bijak kan? :)

Ok balik kepada tajuk utama yg sepatutnya iaitu membina 'self testimonial'. Macam tajuk ape je kan. Sebelum ni saya ada kongsi testimonial diri saya sendiri utk Performance Drink, Set B (Breastfeeding set) dan alfalfa. Sekarang saya nak kembangkan lagi testimonial ni utk produk2 lain pula. Memang lebih selesa kalau nak promote sesuatu produk yg kita sendiri dah cuba dan rasa kebaikan produk tersebut. Jadi saya rasa sekarang masa yg paling sesuai utk saya membina 'self testimonial' ni sbb saya sekarang tgh mengandung 6 minggu :) Boleh cuba Energizing Soy Protein (ESP), set mengandung dan lain2 yg sesuai. Lepas bersalin nanti boleh sambung 'self testimonial' utk breastfeeding pulak. Menarik kan? Mmg tak sabar nak cuba dan kongsi pengalaman semua.

Rancangan saya buat masa ini nak ambik ESP mulai hari ni. Vita-C dah Ostematrix mmg dah start lama sebab dah rasa sakit2 belakang dan sekarang sgt mudah selsema. Mungkin sebab imuniti badan kurang masa mengandung ni. Alhamdulillah selsema dah kurang banyak tapi kalau tertinggal mkn Vita-C (selalu lupa masa weekend ;p) memang terus bersin pagi2. Sakit belakang boleh dikatakan hilang terus :) Mungkin nak tambah Vitalea pulak. Vitamin B-Complex belum cuba sebab sekarang ambil folic acid dan dlm Vitamin B-Complex tu ada folic acid, takut terlebih dose. Mungkin dlm trimester kedua boleh mula ambil Vitamin B-Complex bila dah berhenti ambil folic acid :)

Excitednyerr!!!! Kejap lagi nak ambik ESP, jadi mlm ni terus boleh try! Yeay!!!! :) Next week boleh share la testimonial ESP pulak :)) Tunggu yerrrr......

Thursday, 23 June 2011

Stretch marks during pregnancy

Sorry la entri kali ni kebanyakannya di dalam bahasa inggeris. Alaa semua orang pun ada english education kan. So confirm boleh faham punya ni. Saya nak letak artikel tentang stretch marks (apa dalam bahasa melayu?) yang selalu dialami oleh wanita hamil. Artikel dari sini:

Overview
Stretch marks are an inevitable part of pregnancy. Although some women do not get as many stretch marks as others, the rapid amount of weight gained during pregnancy puts you at risk of getting multiple stretch marks. Pregnancy-related stretch marks cannot be prevented entirely, but there are measures you can take to reduce the amount of stretch marks you gain throughout your pregnancy.

Cause
The skin is composed of natural collagen and fibers that help maintain its elasticity. During pregnancy, your skin's elasticity is pushed to the brink, causing these fibers to break. The American Pregnancy Association states that the stronger your skin is, the less likely the fibers are to break during pregnancy-related weight gain. Stretch marks range from pink to red to purple and brown in color.

Prevalence
Most, but not all women get stretch marks during pregnancy. According to Baby Center, your chances are higher if you are carrying multiple babies and if you have an excessive amount of amniotic fluid. Your chances are also greater if you are underweight pre-pregnancy. Baby Center explains that the more weight you gain over a short period of time, the more likely you are to get stretch marks. Because of this, the center recommends gradual weight gain throughout your pregnancy.

Preventive Measures
The American Pregnancy Association states that certain preventive measures may help reduce the occurrence of stretch marks during pregnancy. The goal is to help build skin elasticity. Hydrating the skin by drinking water helps skin's suppleness. The association also recommends eating foods rich in vitamins B2 and B3, vitamin C, vitamin E, zinc and silica. These help your skin form collagen and build extra fibers. Exercise can also help build skin elasticity by improving circulation, according to the association.

Treatment
Baby Center reports that there is no cure for stretch marks. However, there are treatments you can utilize either during or after pregnancy to help reduce the appearance of stretch marks. While you are pregnant, you can rub a topical moisturizing cream on your abdomen, thighs and hips to help build up the skin's elasticity. The American Pregnancy Association recommends using Bio-Oil twice a day throughout your entire pregnancy. According to Baby Center, laser treatments and Retin-A creams can help reduce stretch marks. These treatments should not be used while you are pregnant or nursing.

Considerations
Stretch marks are an unappealing cosmetic issue and it can be disheartening to know that they do not entirely disappear. Stretch marks do fade on their own over time, although certain treatments may help speed up the process. Baby Center reports that pregnancy-related stretch marks typically start to fade six to 12 months after you deliver. The level of contrasting color depends upon your own skin pigmentation. Keep in mind that the texture of stretch marks does not disappear.

Kesimpulannya kebanyakan wanita hamil selalunya akan mengalami stetch marks di bahagian perut disebabkan kenaikan berat badan yang mendadak dan menyebabkan kulit menjadi tegang. Dan jika kita lihat artikel di atas stetch marks ini hanya akan hilang dalam masa 6 - 12 bulan selepas kita melahirkan anak. Dan mungkin juga mengambil masa yang lebih lama.

Jadi pencegahan adalah amat penting agar stretch mark yang akan kita alami adalah minimum ataupun tidak ada langsung. Salah satu cara pencegahan adalah dengan mengambil vitamin B2 dan B3, vitamin C, Vitamin E, zink dan silika. Vitamin2 ini dapat membantu kulit membina lebih banyak kolagen dan seterusnya mengekalkan kulit yang elastik (tidah mudah tegang). PEngambilan vitamin2 ini harus diambil oleh wanita hamil sejak awal kehamilan lagi untuk mencegah stretch marks yang memang tidak diingini. Vitamin B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 kumpulan vitamin B termasuk vitamin B2 dan B3 yang diperlukan untuk pembinaan sel baru.

Untuk ibu2 hamil saya cadangkan pek mini set ibu hamil untuk percubaan selama sebulan. Set ini mengandungi 30 biji Vitalea (multivitamin), 30 biji vitamin B-Complex, 30 biji Vita-C dan 120 biji Ostematrix (kalsium). Pek mini berharga RM130 sahaja. Add on 30 biji Vitamin E tambah RM37 sahaja. Untuk order dan pertanyaan lanjut hubungi saya di emyshoppe@gmail.com.

Friday, 17 June 2011

Persiapan Berpuasa

Assalamualaikum semua. Hampir seminggu saya tidak memasukkan entri baru di sini. Agak sibuk dengan hal kerja dan keluarga. Jadi hari ini memang terasa sangat nak menulis sesuatu di sini. Tapi idea masih tak kunjung tiba jadi saya mengambil keputusan untuk berkongsi tentang persiapan berpuasa saya pada tahun lalu. Asalnya nak berkongsi mungkin sebulan sebelum kita berpuasa pada tahun ini tapi takut terlupa atau tidak berkesempatan untuk berkongsi jadi sementara saya mempunyai masa dan ruang ketika ini.

Jadi berbalik kepada tajuk utama saya, apa bezanya puasa saya pada tahun lalu berbanding tahun2 sebelumnya? Kenapa perlu ada persiapan khas untuk menyambut puasa tahun lalu? Jawapannya ialah tahun lepas adalah tahun pertama saya berpuasa sambil menyusu anak pertama saya. Dan saya rasakan berpuasa ketika masih menyusukan anak adalah sangat mencabar, lebih mencabar dari berpuasa ketika mengandung. Kenapa saya berkata demikian? Kerana semasa menyusukan anak, kita amat memerlukan banyak air untuk menghasilkan susu yang secukupnya dan juga untuk kegunaan badan kita sendiri. Jadi bulan puasa memang waktu yang mencabar bagi ibu2 yang menyusu.

Sebelum datang bulan puasa pada tahun lalu saya memang amat berdebar untuk melalui Ramadhan kerana masa tidak puasa pun saya pasti akan mencari air selepas sahaja sesi mengepam di pejabat. Memang terasa amat dahaga. Walaupun ibu menyusu ade rukhsah untuk tidak berpuasa tetapi sebolehnya kita pasti mahu juga mencuba untuk berpuasa sekiranya mampu. Kalau tak berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian nanti tetap kena mengganti puasa yang tertinggal itu kan? Jadi baik kita berusaha untuk berpuasa di bulan Ramadhan selagi kita mampu.

Dan Alhamdulillah saya temui penyelesaian kepada kerisauan saya sebelum tibanya Ramadhan tahun lalu. Kawan saya telah memperkenalkan Shaklee Performance Drink buat persiapan berpuasa. Kerana terlalu berpuashati dengan Shaklee Performance Drink ini, saya telah membuat testimonial khas untuknya di sini. Tetapi untuk 'refresher' saya tulis semula la testimonial yang baru versi Bahasa Melayu :)



Shaklee Performance Drink adalah minuman pemberi tenaga berperisa oren yang sedap. Bak kata kawan saya rasanya seperti minuman Tang jika anda biasa dengan minuman ini. Ia berbentuk serbuk dan perlu dibancuh dengan air masak (tak perlu air panas). Shaklee Performance Drink memastikan badan kita sentiasa terhidrat walaupun tidak mendapat bekalan air. Jadi ianya memang sangat sesuai diminum ketika berpuasa dan terutamanya untuk ibu menyusu. Setiap kali selepas pam di pejabat pada bulan puasa saya tidak merasa dahaga langsung. Memang ajaib :) Dan saya juga dapat menyusu anak saya selepas pulang dari pejabat. Pendek kata memang tidak terjejas langsung aktiviti penyusuan saya...hehehe macam aktiviti apa je kan ;p

Ok jadi saya nak kongsikan apa yang saya makan dan minum ketika sahur untuk mengekalkan penghasilan susu:

2 sudu besar Shaklee Performance Drink dibancuh dengan segelas air masak
1 sudu besar Shaklee Meal Shakes dibancuh dengan Milo suam
2 biji Alfalfa
Makanan sahur :)

Dan juga saya kongsi Shaklee Performance Drink bersama keluarga juga ketika sahur. Mereka juga sangat sukakannya. Semua join minum sekali :)

Jadi tahun ini memang kena bersedia dengan Shaklee Performance Drink juga! Tahun ini budget untuk satu family. Kena beli lebih sikit. Jadi sila email saya di emyshoppe@gmail.com jika berminat ye. RM66 untuk 539 gram (perisa oren). Kalau untuk saya seorang memang cukup satu bekas ni untuk satu bulan. Kalau nak beli untuk keluarga juga kena beli extra :)

Friday, 10 June 2011

Promosi Bulan Jun 2011

Sudah 10 hari kita di bulan Jun 2011. Harap2 masih tidak terlambat untuk saya kongsi tentang promosi hebat yang ditawarkan untuk pelanggan2 kami untuk bulan ini. Promosi2nya adalah (macam nak terima anugerah pulak calon2nya):

  1. Pembelian trial pack set B (Breastfeeding Set) akan mendapat tambahan 50% Alfalfa. Kini trial pack set B mengandungi 30 B com , 30 Vitalea, 30 Vit C dan 90 Alfalfa. Harga cuma RM80 percuma hadiah dan penghantaran.
  2. PWP (Purchase with purchase) :
    Pembelian mana-mana trial pack dan hanya perlu tambahkan RM10 untuk dapatkan 90 biji tambahan Alfalfa.
  3. FWP (Free With purchase) :
    Pembelian mana-mana 2 trial pack dengan satu penghantaran akan menerima 90 biji Alfalfa PERCUMA.
  4. Pembelian FullPack melebihi RM250 ke atas akan menerima diskaun RM5 untuk kos penghantaran.
  5. Pembelian FullPack melebihi RM500 ke atas akan menerima PERCUMA penghantaran.
 Jangan lepaskan peluang hebat ini ya! Hubungi saya di emyshoppe@gmail.com untuk sebarang pesanan atau pertanyaan.

-Emy-

Pek Mini Shaklee

Seperti yang dijanjikan di dalam entri pertama saya, saya akan berkongsi tentang produk Shaklee yang kami tawarkan. Untuk permulaan saya ingin memperkenalkan Pek Mini Shaklee. Kalau tak silap saya produk pertama Shaklee yang saya beli adalah Pek Mini Set B iaitu set untuk breastfeeding. Ketika itu saya baru melahirkan anak pertama (memang baru ada seorang je pun anak :)). Susu badan pun tidak berapa memberangsangkan pada minggu pertama. Jadi saya mencuba Set B ini dan Alhamdulillah dapat menyusu penuh anak saya semasa dalam pantang. Tetapi di samping mengambil Set B ini, saya juga mengamalkan minum air yang banyak setiap hari dan kerap menyusu/mengepam.

Nampaknya saya sudah berkongsi testimonial tanpa memperkenalkan Pek Mini seperti yang sepatutnya ;p
Jadi sila rujuk di bawah Pek Mini yang kami tawarkan untuk anda cuba (kebanyakannya untuk kegunaan sebulan) sebelum mengambil keputusan untuk mengambil set penuh dalam botol asal.

Pek Mini Shaklee
Set A (OPTIMUM HEALTH) - Basic set untuk kesihatan optimum
[Pek Mini: RM80]
30 tabs of Vitalea/ Multivitamins
30 tabs of B Complex
45 tabs of Vitamin C
Set B (BREASTFEEDING)
[Pek Mini: RM80]
30 tabs of Vitalea/ Multivitamins
30 tabs of B Complex
30 tabs of Vitamin C
90 tabs of Alfalfa
*Digalakkan diambil bersama Energizing Soy Protein
Set C (CONFINEMENT)
[Pek Mini: RM100]
*add on RM10 (60 tabs alfafa – milk booster)
40 tabs of Vitalea/ Multivitamin
40 tabs of B Complex
40 tabs of Vitamin C
40 tabs of Zinc
Set D (SKINCARE)
[Pek Mini: RM80]
30 tabs of B Complex
30 tabs of Vitamin C
30 tabs of Vitamin E
SET E (SET B + Ostematrix) – Untuk ibu menyusu, sakit pinggang, pecah tumit
[Pek Mini: RM140]
30 tabs of Vitalea/ Multivitamin
30 tabs of B Complex
30 tabs of Vitamin C
90 tabs of Alfalfa
120 tabs of Ostematrix @ Calcium
Set F (FEMININE) - Untuk kesihatan dalaman wanita
[Pek Mini: RM 70]
30 tabs of Vitamin E
90 tabs of Alfalfa
Set G (RESDUNG, ALERGY, ECZEMA, ASTHMA)
[Pek Mini: RM80]
60 tabs of Vitamin C
30 tabs of B Complex
120 tabs of Alfalfa
Set H (IMMUNE BOOSTER) - Untuk sistem imunisasi
[Pek Mini: RM 70]
10 sachet of Nutriferon
Ibu hamil 1st trimester
[Pek Mini: RM130]
30 tabs Vitalea
30 tabs B Complex
30 tabs Vita-C
120 tabs Ostematrix
Ibu hamil 2nd & 3rd trimester
[Pek Mini: RM 175]
30 tabs Vitalea
30 tabs B Complex
30 tabs Vita-C
30 caps Omega guard
120 tabs Ostematrix

*Source of Pek Mini Shaklee list: Credit to Cery


Sekiranya anda ada pertanyaan tentang set2 di atas, bolehlah emelkan pertanyaan anda ke emyshoppe@gmail.com atau boleh tinggalkan komen anda di sini. InsyaAllah saya cuba jawab pertanyaan anda setakat yang saya mampu. Jika tidak mampu saya akan rujuk kepada upline dan rakan2 Shaklee yang lain :)

Buat masa ini saya sharekan dulu list Pek Mini ini. Harap2 ada sekurang2nya satu set yang bersesuaian untuk anda cuba kebaikannya. Sekali cuba pasti nak lagi! Ini yang terjadi kepada saya :))

Entri berikutnya saya akan share Promosi Bulan Jun 2011. Watch out for this space! :)

-Emy-

Thursday, 9 June 2011

Salam perkenalan

Selamat datang ke blog Shaklee saya. Pertama sekali saya minta maaf sekiranya mutu penulisan saya agak kurang. Sebabnya untuk blog peribadi saya, saya banyak menulis di dalam Bahasa Inggeris tapi tidaklah amat bermutu pun. Kadang2 bercampur dengan bahasa melayu jugak. Jadi bahasa rojak :)

Jadi untuk blog ini saya rasa lebih selesa untuk menulis di dalam bahasa melayu walaupun agak merangkak nak menulis. Bukan apa, walaupun memang bertutur dalam bahasa melayu tetapi pertuturan menggunakan bahasa pasar dan tidak sesuai untuk dijadikan penulisan kan. Jadinya please excuse my bahasa melayu yer :)

Untuk perkenalan, sebenarnya saya baru sahaja berkecimpung dalam business Shaklee ni. Jadi pengguna setia Shaklee dah lama tapi baru terbuka hati nak mendaftar sebagai ahli dan cuba berniaga produk Shaklee secara kecil-kecilan buat masa sekarang. Saya pun sudah biasa dengan produk2 Shaklee kerana memang pengguna setia jadi agak mudah untuk saya bermula. Harap2 lama kelamaan boleh lebih serius di dalam perniagaan yang amat menarik ini.

Jadi apa yang membuatkan saya berminat untuk join Shaklee? Pertama kerana upline saya iaitu kawan baik saya sendiri telah mengajak saya dengan meyuruh saya menulis testimonial untuk produk Shaklee yang saya gunakan dan telah mengoffer (apa 'offer' dlm bahasa melayu? saya blur ;p) keahlian percuma untuk saya sekiranya saya menghasilkan testimonial tersebut. Saya memang suka barang2 yang percuma ;p jadi terus setuju dengan tawaran (ok dah tau 'offer' dlm bahasa melayu ;))beliau.

Sebab kedua adalah kerana ketika menulis testimonial tentang Shaklee Performance Drink yang saya ambil ketika bulan puasa tahun lalu (ketika itu saya masih mengepam susu di pejabat), saya terasa ingin berkongsi testimonial saya sendiri untuk produk2 Shaklee yang lain juga. Saya ingin berkongsi dengan sebanyak orang yang boleh. Lagipun sebelum menjadi ahli pun saya memang suka promote produk Shaklee kepada teman2 rapat saya di pejabat. Ada la saya carikan customers untuk upline saya tu. Bukan sebab nak komisyen (nak bagi boleh jugak ;p) tapi sebab saya sangat berpuashati dengan produk Shaklee dan ingin teman2 saya juga merasai kebaikan produk Shaklee ni. Jadi ini menaikkan lagi semangat saya untuk berkongsi dengan seramai mungkin yang boleh tentang kebaikan produk Shaklee.

Buat permulaan mungkin saya akan berkongsi sendiri pengalaman saya menggunakan produk Shaklee. Lama kelamaan apabila saya mempunyai pelanggan, harap2 mereka sudi berkongsi pengalaman mereka di sini pula. Sebelum berkongsi pengalaman, mungkin saya akan kenalkan anda dengan produk Shaklee yang ditawarkan terlebih dahulu. Tak kenal maka tak cinta kan ;) Saya akan kenalkan di entri yang akan datang yer. Penat jugak memerah otak menulis dalam bahasa melayu ni ;p