Welcome all!

I'm your Shaklee dealer on the block and blog :)

There is always something here for everyone of you. I'll try my best to meet your specific health need. Feel free to browse through our products and kindly refer to our purchasing method and T&C to purchase.

Enjoy 'Shakleeing' peeps! You are one step to a healthier life :)



Showing posts with label PD. Show all posts
Showing posts with label PD. Show all posts

Wednesday, 17 August 2011

Testimonial Performance Drink dan Set B (Breastfeeding set)

Alhamdulillah, akhirnya ada jugak testimonial dari customer2 saya sendiri. Kebanyakan testimonial2 ini datang dari customer yang membeli Performance Drink sempena bulan puasa ini. Dan ada juga testimonial untuk Set B iaitu breastfeeding set (mengandungi multivitamin Vita-Lea, Vita-C, B-Complex dan alfalfa). Berikut adalah sebahagian daripada testimonial yang dikongsi oleh pelanggan2 saya (semua bukan nama sebenar ye..hehe):

"First day ok..arini pon ok…I dan hubby minum performance drink tu during sahur..resultnya tak rase haus..tp.perut keroncong ..maybe perut ni da bese dgn mknn..hehe..
Susu bdn jd makin pekat. And quantity still sama lagi…yg bagusnyer..ptg smlm susu xdrop ..hihi..syukur…" - Pn Y, mengambil PD dan set B


"1st ramadhan okey, Alhamdulillah…pengeluaran susu maintain mcm biasa, tak rasa dahagapun...Cuma pening seolah2 tak cukup air dlm badan...
Husband pun minum jugak…dia pun rasa pening…mgkin kami tak cukup minum air time bersahur…" - Pn NJ, mengambil PD

"Alhamdulillah everything was okay yesterday…Performance drink tu I bagi my hubby minum sekali semalam since dia demam…looks good la for 1st day…hehehe…rasanye kene beli lagi la kan sbb both of us ambil 1 gelas sahur 1 gelas buka…so sure2 kejap je habis la tu…hehe" - Pn NS, mengambil PD


"I dah try both product, my feedback is:
-performance drink tu, mmg bagus, tak rasa dahaga pun after pumping.
-alfalfa, I tak pasti.. I tak rasa mcm yg you describe tu, walaupun I took 2 pils. And my milk supply is normal je. I was hoping to see an increase sikit, and I’ve been pumping every 3hrs, tak skip, tapi tak feel any different." - Pn H, mengambil PD dan alfalfa

Komen2 di atas adalah original komen dari customer2 saya. Tak diedit langsung kecuali sedikit2 ejaan tu ada la. Kalau tgk testimonial di atas bukan semuanya positif, ada jugak komen yang sedikit negatif. Namun harus diingatkan bahawa sebahagian besar komen di atas dibuat pada hari kedua berpuasa. Jadi rasa agak letih memang biasa bagi hari pertama berpuasa kan. Badan masih menyesuaikan diri dengan kandungan gula dalam darah kita yang kurang secara mendadak pada hari pertama berpuasa. Mungkin itu yang menyebabkan pening kepala sedikit. Saya dan suami juga mengalami pening kepala pada 2-3 hari pertama berpuasa. Tetapi selepas itu badan dah menyesuaikan diri dan tiada lagi pening kepala. Apa yang wajib untuk kami setiap hari waktu bersahur mesti minum PD :)

Bagi Pn H yang mengambil alfalfa untuk menambah susu badannya, dia mungkin belum dpt melihat peningkatan lagi kerana baru mengambil alfalfa tersebut untuk beberapa hari. Dan juga mungkin faktor berpuasa jadi dia cuma dapat mengekalkan kuantiti susu kerana pengambilan kalori yang berkurang. Apa yang penting walaupun puasa kita mesti cuba untuk mengambil makanan yang cukup dan berkhasiat bagi mengelakkan penghasilan susu terjejas. Pengambilan air juga mesti cukup sekurang2nya 3 liter sehari. Jika tidak dpt memenuhi keperluan vitamin daripada makanan, kita digalakkan untuk mengambil supplement yang sepatutnya agar sistem dlm badan tidak terjejas dan penghasilan susu yang berkualiti untuk si comel dapat berjalan seperti biasa walaupun ibu berpuasa.

Untuk maklumat selanjutnya tentang supplement yg boleh diambil, sila emel saya di emyshoppe@gmail.com.

Wednesday, 27 July 2011

Penyusuan pada bulan Ramadhan

Terjumpa entri ni dari blog moyang (sukati je letak pangkat moyang..betul kut ni), Kak N:
Memang sesuai sempena menyambut Ramadhan lebih kurang 5 hari lagi :)
InsyaAllah saya nak ikut jadual ni jugak walaupun tak menyusu. Tapi tak boleh ambil alfalfa sbb masih di awal pregnancy. Jadi ambil Performance Drink, ESP dan vitamin2 lain sahaja :)
Selamat membaca!


Berpuasa sambil menjayakan penyusuan.

Pejam celik pejam celik , ramadhan makin hampir. Ramai ibu2 yang menghantar email dan mesej bertanya apakah supplement yang membantu penyusuan? Sebenarnya antara supplement yang banyak membantu sepanjang penyusuan ibu dulu ialah alfalfa dan performance. Oh ya, ada yang bertanya bagaimana dengan supplement lain seperti vitalea, b complex dan vitamin C? Ibu ringkaskan dalam jadual yang mudah buat rujukan ibu yang bakal berpuasa dan bakal menggantikan puasa...

 
Waktu sahur:
Selepas makan nasi atau apa jua juadah bersahur serta kurma , tambahkan minuman Performance dan ESP( Gabungan terbaik ) dan makan 3 biji Alfalfa .
Waktu Berbuka:
Berbukalah dengan juadah berbuka seperti biasa disertai kurma , tambahkanjuga  dalam menu minuman Performance dan ESP ( untuk dapatkan better result ) dan 2 biji alfalfa.
Sebelum tidur:
Amalkan minum segelas ESP  dan vitamin lain iaitu Vitalea@multivitamin, B complex dan Vitamin C.
Inilah jadual paling mudah untuk diamalkan. Hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance ke dalam 250 ml air. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa si ibu.


Vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan sepanjang berpuasa. Terdapat pendapat yang mencadangkan pengambilan 100plus sepanjang berbuka namun minuman ini berkabornat dan boleh menggangu sistem perut di mana boleh menyebabkan si ibu dan anak menyusu mengalami keragaman perut jika diambil dalam kuantiti yang banyak.