Assalamualaikum semua. Hampir seminggu saya tidak memasukkan entri baru di sini. Agak sibuk dengan hal kerja dan keluarga. Jadi hari ini memang terasa sangat nak menulis sesuatu di sini. Tapi idea masih tak kunjung tiba jadi saya mengambil keputusan untuk berkongsi tentang persiapan berpuasa saya pada tahun lalu. Asalnya nak berkongsi mungkin sebulan sebelum kita berpuasa pada tahun ini tapi takut terlupa atau tidak berkesempatan untuk berkongsi jadi sementara saya mempunyai masa dan ruang ketika ini.
Jadi berbalik kepada tajuk utama saya, apa bezanya puasa saya pada tahun lalu berbanding tahun2 sebelumnya? Kenapa perlu ada persiapan khas untuk menyambut puasa tahun lalu? Jawapannya ialah tahun lepas adalah tahun pertama saya berpuasa sambil menyusu anak pertama saya. Dan saya rasakan berpuasa ketika masih menyusukan anak adalah sangat mencabar, lebih mencabar dari berpuasa ketika mengandung. Kenapa saya berkata demikian? Kerana semasa menyusukan anak, kita amat memerlukan banyak air untuk menghasilkan susu yang secukupnya dan juga untuk kegunaan badan kita sendiri. Jadi bulan puasa memang waktu yang mencabar bagi ibu2 yang menyusu.
Sebelum datang bulan puasa pada tahun lalu saya memang amat berdebar untuk melalui Ramadhan kerana masa tidak puasa pun saya pasti akan mencari air selepas sahaja sesi mengepam di pejabat. Memang terasa amat dahaga. Walaupun ibu menyusu ade rukhsah untuk tidak berpuasa tetapi sebolehnya kita pasti mahu juga mencuba untuk berpuasa sekiranya mampu. Kalau tak berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian nanti tetap kena mengganti puasa yang tertinggal itu kan? Jadi baik kita berusaha untuk berpuasa di bulan Ramadhan selagi kita mampu.
Dan Alhamdulillah saya temui penyelesaian kepada kerisauan saya sebelum tibanya Ramadhan tahun lalu. Kawan saya telah memperkenalkan Shaklee Performance Drink buat persiapan berpuasa. Kerana terlalu berpuashati dengan Shaklee Performance Drink ini, saya telah membuat testimonial khas untuknya di sini. Tetapi untuk 'refresher' saya tulis semula la testimonial yang baru versi Bahasa Melayu :)
Shaklee Performance Drink adalah minuman pemberi tenaga berperisa oren yang sedap. Bak kata kawan saya rasanya seperti minuman Tang jika anda biasa dengan minuman ini. Ia berbentuk serbuk dan perlu dibancuh dengan air masak (tak perlu air panas). Shaklee Performance Drink memastikan badan kita sentiasa terhidrat walaupun tidak mendapat bekalan air. Jadi ianya memang sangat sesuai diminum ketika berpuasa dan terutamanya untuk ibu menyusu. Setiap kali selepas pam di pejabat pada bulan puasa saya tidak merasa dahaga langsung. Memang ajaib :) Dan saya juga dapat menyusu anak saya selepas pulang dari pejabat. Pendek kata memang tidak terjejas langsung aktiviti penyusuan saya...hehehe macam aktiviti apa je kan ;p
Ok jadi saya nak kongsikan apa yang saya makan dan minum ketika sahur untuk mengekalkan penghasilan susu:
2 sudu besar Shaklee Performance Drink dibancuh dengan segelas air masak
1 sudu besar Shaklee Meal Shakes dibancuh dengan Milo suam
2 biji Alfalfa
Makanan sahur :)
Dan juga saya kongsi Shaklee Performance Drink bersama keluarga juga ketika sahur. Mereka juga sangat sukakannya. Semua join minum sekali :)
Jadi tahun ini memang kena bersedia dengan Shaklee Performance Drink juga! Tahun ini budget untuk satu family. Kena beli lebih sikit. Jadi sila email saya di emyshoppe@gmail.com jika berminat ye. RM66 untuk 539 gram (perisa oren). Kalau untuk saya seorang memang cukup satu bekas ni untuk satu bulan. Kalau nak beli untuk keluarga juga kena beli extra :)
No comments:
Post a Comment