Welcome all!

I'm your Shaklee dealer on the block and blog :)

There is always something here for everyone of you. I'll try my best to meet your specific health need. Feel free to browse through our products and kindly refer to our purchasing method and T&C to purchase.

Enjoy 'Shakleeing' peeps! You are one step to a healthier life :)



Wednesday, 17 August 2011

Testimonial Performance Drink dan Set B (Breastfeeding set)

Alhamdulillah, akhirnya ada jugak testimonial dari customer2 saya sendiri. Kebanyakan testimonial2 ini datang dari customer yang membeli Performance Drink sempena bulan puasa ini. Dan ada juga testimonial untuk Set B iaitu breastfeeding set (mengandungi multivitamin Vita-Lea, Vita-C, B-Complex dan alfalfa). Berikut adalah sebahagian daripada testimonial yang dikongsi oleh pelanggan2 saya (semua bukan nama sebenar ye..hehe):

"First day ok..arini pon ok…I dan hubby minum performance drink tu during sahur..resultnya tak rase haus..tp.perut keroncong ..maybe perut ni da bese dgn mknn..hehe..
Susu bdn jd makin pekat. And quantity still sama lagi…yg bagusnyer..ptg smlm susu xdrop ..hihi..syukur…" - Pn Y, mengambil PD dan set B


"1st ramadhan okey, Alhamdulillah…pengeluaran susu maintain mcm biasa, tak rasa dahagapun...Cuma pening seolah2 tak cukup air dlm badan...
Husband pun minum jugak…dia pun rasa pening…mgkin kami tak cukup minum air time bersahur…" - Pn NJ, mengambil PD

"Alhamdulillah everything was okay yesterday…Performance drink tu I bagi my hubby minum sekali semalam since dia demam…looks good la for 1st day…hehehe…rasanye kene beli lagi la kan sbb both of us ambil 1 gelas sahur 1 gelas buka…so sure2 kejap je habis la tu…hehe" - Pn NS, mengambil PD


"I dah try both product, my feedback is:
-performance drink tu, mmg bagus, tak rasa dahaga pun after pumping.
-alfalfa, I tak pasti.. I tak rasa mcm yg you describe tu, walaupun I took 2 pils. And my milk supply is normal je. I was hoping to see an increase sikit, and I’ve been pumping every 3hrs, tak skip, tapi tak feel any different." - Pn H, mengambil PD dan alfalfa

Komen2 di atas adalah original komen dari customer2 saya. Tak diedit langsung kecuali sedikit2 ejaan tu ada la. Kalau tgk testimonial di atas bukan semuanya positif, ada jugak komen yang sedikit negatif. Namun harus diingatkan bahawa sebahagian besar komen di atas dibuat pada hari kedua berpuasa. Jadi rasa agak letih memang biasa bagi hari pertama berpuasa kan. Badan masih menyesuaikan diri dengan kandungan gula dalam darah kita yang kurang secara mendadak pada hari pertama berpuasa. Mungkin itu yang menyebabkan pening kepala sedikit. Saya dan suami juga mengalami pening kepala pada 2-3 hari pertama berpuasa. Tetapi selepas itu badan dah menyesuaikan diri dan tiada lagi pening kepala. Apa yang wajib untuk kami setiap hari waktu bersahur mesti minum PD :)

Bagi Pn H yang mengambil alfalfa untuk menambah susu badannya, dia mungkin belum dpt melihat peningkatan lagi kerana baru mengambil alfalfa tersebut untuk beberapa hari. Dan juga mungkin faktor berpuasa jadi dia cuma dapat mengekalkan kuantiti susu kerana pengambilan kalori yang berkurang. Apa yang penting walaupun puasa kita mesti cuba untuk mengambil makanan yang cukup dan berkhasiat bagi mengelakkan penghasilan susu terjejas. Pengambilan air juga mesti cukup sekurang2nya 3 liter sehari. Jika tidak dpt memenuhi keperluan vitamin daripada makanan, kita digalakkan untuk mengambil supplement yang sepatutnya agar sistem dlm badan tidak terjejas dan penghasilan susu yang berkualiti untuk si comel dapat berjalan seperti biasa walaupun ibu berpuasa.

Untuk maklumat selanjutnya tentang supplement yg boleh diambil, sila emel saya di emyshoppe@gmail.com.

'No-no' amalan untuk penyusuan yang berjaya

Saya ingin berkongsi satu lagi artikel yang ditulis oleh Kak N (credit) tentang amalan2 yang perlu dielakkan bagi memastikan penyusuan yang berjaya. Saya rasa ramai ibu2 yang ingin mengetahui tentang amalan2 ini termasuk saya sendiri. Ini boleh dijadikan panduan untuk kita semua.

1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.
Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.
Ramai ibu2 yang baru dalam penyusuan susuibu masih kurang faham bagaimana susuibu dihasilkan. Rata2 yang menjawab mengapa tidak mencuba beri susu badan...alasannya susu tiada. Susuibu akan terhasil bila ada signal melalui hisapan terus (direct feeding) atau perahan (mengepam) yang berterusan. Breast tidak bengkak adalah kerana pemakanan si ibu yang tidak seimbang. Pemakanan yang tinggi kandungan protein membantu susu cepat terhasil dan breast akan cepat bengkak. Ini kerana kandungan utama dalam susuibu adalah protein. Protien sangat perlu untuk pertumbuhan dan pembesaran anak. Jika tak percaya cuba makan telur dengan banyak atau menu yang tinggi protien seperti ayam dan daging. Namun kelemahan yang bakal kita tanggung ialah lemak dari sumber makanan itu boleh menyumbangkan kepada masalah kegemukkan dan kolestrol apabila diambil dalam jumlah yang banyak. Sebab kekangan inilah ibu memilih mengambil supplement seperti ESP dan alfalfa as a booster.


2. Pengambilan minuman bergas dan berais.
Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.
Semua kita sedia maklum bahawa minuman berkabornat mengandungi gula yang tinggi, maka kalori dari itu juga tinggi. Untuk seketika ianya mungkin bagus untuk membuatkan si ibu rasa banyak susu yang terhasil namun minuman berkabornat tidak bagus diambil untuk jangka panjang. Ini kerana kandungan gas itu boleh mengganggu sistem penghadaman dan usus kita. Bila si ibu sakit maka pastinya penghasilan susuibu itu sendiri akan terganggu.
Bagaimana pula dengan pengambilan ais? Bagaimana ia dikaitkan dengan penyusuan? Orite, part ini ibu belajar dengan bidan. So ibu terima dengan lojik akal. Masa dalam pantang lagi, bidan pesan jangan minum ais tau, nanti susu susah nak keluar. Kena agaknya? Sebab urat akan mengecut maka pengaliran susu akan terganggu. Tidak kurang juga  ramai ibu2 yang selalu mengadu sengal kaki atau sakit2 badan.
Sebab tu kita disarankan minum air suam atau air panas, urat akan mengembang secara langsung pengaliran darah akan lebih lancar.
Air berais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan melambatkan proses pencernaan kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat berbagai penyakit.
3. Pengambilan minuman berkafien.
Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.
Tiada kopi tanpa kafein samalah keadaannya dengan tiada susu tanpa lemak. Sebab itu statement yang biasa kita jumpa ialah kopi rendah kafien atau susu rendah lemak.
Tahukah kalian kafien boleh memusnahkan vitamin B dan C yang sedia ada dalam badan kita? Sebab itu ibu2 yang suka minum kopi tak kiralah kononnya rendah kafien tetapi inilah puncanya ibu itu cepat letih dan senang sakit. Sebab vitamin B dan C yang sedia ada termusnah akibat kafien tadi. Memang banyak faktor lain yang memusnahkan vitamin B dan C sebagai contoh bila kita terlalu terdedah dengan matahari, namun ianya boleh dikurangkan dengan pengambilan payung atau pemakaian topi. Tetapi kemusnahan vitamin ini melalui kafien dapat dikurangkan dengan pengambilan minuman kopi itu sendiri.
Ada pihak yang claim kopi sangat bagus untuk tenaga, ya tapi untuk jangkamasa sekejap sahaja dan ianya adalah silent killer untuk jangka panjang. Lagi banyak kopi yang kita minum maka lagi tinggi risiko untuk sakit sendi , urat , cepat letih dan boleh menggangu emosi apabila badan kita terlalu kurang vitamin B.
Bagi ibu yang menyusu Vitamin B sangat membantu agar lebih bertenaga dan mempunyai mood yang baik , hati yang tenang dan gembira.


4. Pengambilan supplement khas untuk diet.
Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang. Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan  harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susuibu cair berbanding dengan mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka yang mendapat hasil susuibu sangat pekat dan lebih enak, pastinya!
Selain itu, dikhuatiri kandungan dalam pemakanan diet itu boleh mengganggu sistem usus anak. Sebab apa yang ibu makan akan disalurkan kepada anak melalui susuibu.

6. Merungut setiap masa
Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.
Allah sentiasa menyayangi ibu2 yang menyusukan anaknya kerana dah itu yang disarankan...maka sesiapa yang beramal baik pasti mendapat perhatian Allah. Susu berkurang adalah salah satu tanda si ibu kurang berdamping denganNya. Lumrah manusia akan mencari Tuhan apabila dalam kesusahan. Jika susu selalu banyak , manusia mudah alpa dan lama kelamaan akan lahir sifat riak. Ibu sendiri pernah melalui kemerunduman susu tapi sebab bila selalu muhasabah diri maka kita akan pulang ke pangkal jalan. Namun ibu percaya, ibu2 yang sentiasa beramal soleh, mengaji dan mempunyai ruang waktu untukNya, maka nikmat itu sentiasa berkekalan. Zaman sekarang dah terbalik...si ibu punya banyak masa ber FB tetapi tiada masa untuk duduk mengaji. Kita mengadu dengan manusia melalui FB susu merundum walhal mengadu dengan Allah adalah tenpat terbaik kerana dengan izinNya susu itu mengalir, maka dengan izinNya jua susu akan banyak.

Thursday, 11 August 2011

Energizing Soy Protein

Hari tu saya ada cakap nak kongsi testimonial diri sendiri untuk Energizing Soy Protein atau nama glamornya ESP :) Selepas 10 hari berpuasa baru saya rasa kesannya. Tapi bukan selepas 10 hari minum baru rasa kesannya ye. Saya mula mengambil ESP pada hari kedua puasa. Saya bancuh satu sudu besar penuh ESP dan 2 sudu besar Performance Drink dengan segelas air. Memang pekat dan bau ESP pun kuat. Saya memang jenis tak boleh minum susu putih sejak dari dulu lagi (sebab tu terpaksa bergantung kepada Ostematrix untuk bekalan kalsium ;p). Jadi bila tengok bancuhan tu pekat dan bau macam susu kuat terus tak lalu minum. Minum seteguk je dan lebih tu semua buang (pembaziran!). Bancuh Performance Drink baru dan minum ni je.

Selepas tu memang tak sentuh terus ESP tu. Tapi time sahur hari ke-10 saja bukak tin ESP tu dan bau. Sedap pulak bau benda ni bau vanilla :) Try la letak sikit kut2 boleh telan. Saya pun bancuh setgh sudu besar ESP dan 3 sudu besar PD (byk letak ni supaya dpt cover rasa ESP ;p) dgn segelas air. Kemudian minum laju2 supaya tak rasa sgt..haha seksa jugak nak minum. Tapi sebenarnya rasa bancuhan tu sgt ok. Tak rasa susu pun. Rasa mcm air yogurt oren. Sedapppp :)

Jadi hari ke-10 puasa seperti biasa. Tapi bila balik kerja ptg tu rasa masih bertenaga. Selalu saya sampai rumah dlm pukul 5 mmg terus rasa dah lembik sgt2. Nak solat asar pun slow je. Nak mandikan anak pun tak larat. Cakap kat dia, lepas buka la nanti kita mandi ye, mama tak larat sgt. Tapi hari ke-10 tu rasa masih ok ptg tu dan pukul 6 larat mandikan si kecik tu. Mula2 tak perasan apa sebab lain je extra energy ni. Ingatkan maybe sebab pregnancy symptoms saya dah berkurangan so buat tak tau je la. Semalam hari ke-11 sahur minum ESP campur PD lagi. Dan petang semlm mmg rasa energetic. Boleh mandikan anak sebelum buka. Jadi malam tadi saya terfikir2 apa yg lain saya buat yg membuatkan saya bertenaga berbanding masa awal2 puasa. Fikir punya fikir baru teringat saya minum ESP time sahur. Itu je yg beza sbb buat kerja hari2 sama je. Terus rasa wowww magiknya! hehe :)

Pagi tadi masa sahur saja la belek2 tin ESP tu. Mmg la dia tulis kat situ 'An energy boost that lasts for hours'..hehe baru perasan. Jadi mmg saya rasa la energy boost tu sampai ptg walaupun minum sikit je. Kalau minum lebih sikit mesti lebih bertenaga kan. Ok2 nanti try tambah sukatan sedikit demi sedikit :)



Selain dari meningkatkan tenaga, kebaikan2 ESP adalah seperti berikut:
  • Diperbuat daripada sumber protein lengkap yg berkauliti tinggi (kacang soya semulajadi tanpa bahan kimia dan non-GMO (Genetically Modified Organism))
  • Sangat rendah lemak
  • Mengandungi 9 asid amino yg penting
  • Setiap serving membekalkan 14 gram protein soya
Saya akan meneruskan usaha untuk minum ESP! Lepas bulan puasa mmg nak letak satu tin di pejabat, pagi2 bancuh dgn milo. Mesti sedapppp :)

Anda nak cuba? Email saya di emyshoppe@gmail.com.